3 Lagu Hit daripada Kumpulan Feminin Mengembalikan Nostalgia Lalu

Feminin merupakan sebuah kumpulan pop wanita di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan aktif sehingga 1997. Kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asalnya Asfarina binti Muhamad (As), Andriati binti Abdul Rahman (Yatie), Rozilawati binti Muhamad (Watie), Noor Intan Zanariah binti Abdul Zaharin (Deq Nor) dan Nor Askiela binti Zainal Abidin (Along). Kumpulan Feminin pernah menjadi ikon gadis remaja dan kanak kanak perempuan pada tahun 90an. Malahan apa sahaja fesyen pakaian dan aksesori Feminin akan jadi ikutan pada masa itu. Gaya mereka yang paling popular adalah fesyen rambut pendek,kasut but dan sepet rambut.

If you want to be an entertainer and always be remembered, you must be the trendsetter. Dalam konteks Feminin, mereka menepati definisi trendsetter itu sendiri. Jika bukan kerana mereka, mana mungkin muncul girl band selepas mereka. Feminin pencetus untuk segala–galanya – muzik, imej dan personaliti. And, that is also defined the showbiz. Tolak ke tepi soal kemampuan mereka menyanyi secara live tetapi, Feminin has it allShazryn Mohd. Faizal

Tonton lagu-lagu evergreen dengan tarian unik Kumpulan Feminim di bawah. Anda akan kagum.

1. Feminin – Kini

2. Feminin – Untukmu

3. Hanya Sekali



Please Login to Comment.