Nasihat Penting Untuk Orang Muda – Berdasarkan Survey

Penyelidk daripada Cornell University, Karl Pillmer telah menemu ramah 12,000 responden berumur 70 ke 100+ tahun dan bertanya:

Melihat semula sepanjang hayat anda, apakah pelajaran terpenting yang anda pelajari dan anda ingin berkongsi dengan orang muda?

Nasihat yang diberi hampir semua 1,200 responden adalah:

Hidup ini singkat!

Menurut Karl, nasihat ini hendak disampaikan, bukan untuk menekan orang muda, tetapi untuk mendorong mereka untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam hidup. Apa yang membuatkan hidup seseorang berbeza pada umur 70 berbanding orang lain adalah lahirnya rasa hidup ini singkat pada usia muda. Apabila kita sedar hidup ini singkat, pilihan hidup yang dibuat akan tertumpu kepada perkara yang penting sahaja.

Nasihat lain yang diberi juga berkisar tentang kebahagian.

Kita boleh pilih untuk jadi gembira setiap hari, walau dalam situasi apa sekalipun.

Ramai responden berfikir bahawa orang muda percaya mereka hanya boleh bahagia jika sesuatu terjadi: jika mereka berjaya menurunkan berat badan, menambah berat badan, berpasangan, putus cinta, mendapat kerja baru, mendapat kerja yang berbeza, mendapat kulit licin/cerah, ada rumah atau kereta dan lain-lain.

Hampir kesemua responden percaya bahawa kebahagian sebenarnya adalah pilihan diri sendiri, bukanya apabila mendapat sesuatu. Mereka telah melalui hampir semua perkara yang di lalui orang muda dan belajar untuk berubah dan memilih untuk melakukan sesuatu daripada menyalahkan keadaan.

  Kesimpulanya, kebahagian adalah pilihan bukanya, bergantung kepada keadaan dan anda bertanggunjawab untuk kebahagia diri sendiri.

Kesemua nasihat ini ditulis oleh Karl di dalam buku bertajuk “30 Lessons for Living: Tried and True Advice from the Wisest Americans”.

Anda boleh menonton video Karl bercakap tentang bukunya di bawah.



Please Login to Comment.